I'm going to be Children Phycologist!

Sabak Bernam, Selangor, Malaysia

Saturday, July 28, 2012

Teori Personaliti Freud

1. Tiga Tahap Kesedaran

Freud percaya secara amnya individu teidak sedar tentang alasan atau sebab dalaman tingkah laku mereka. Beliau mengandaikan aktiviti mental wujud dalam tiga tahap kesedaran.
   
       Tahap pertama ialah tahap sedar yang melibatkan apa yang seseorang fikir dan alami pada waktu pada waktu tertentu dan bersifat sementara. Tahap prasedar pula ialah tahap di bawah kesedaran seseorang iaitu merujuk kepada semua pengetahuan dan ingatan seseorang individu yang boleh dibawa ke tahap sedar. Misalnya, anda boleh mengingati kembali nombor telefon ibu anda apabila ditanya sekarang.
     
      Tahap ketiga ialah tahap tidak sedar, iaitu mengandungi keinginan-keinginan yang tidak rasional, desakan-desakan yang memalukan dan tidak diterima oleh masyarakat, ketakutan dan perasaan langsang yang telah ditekan untuk dilupakan. Oleh sebab semua perasaan ini berbahaya, kita menyimpannya dalam tahap tidak sedar. Namun begitu, Freud berkata kepercayaan-kepercayaan dan desakan-desakan inilah yang menjadi penggerak kepada tingkah laku manusia.

2. Komponen-komponen Personaliti: Id, Ego, dan Superego

Menurut Freud, bayi yang baru lahir mempunyai personaliti yang belum berkembang, dan hanya mengandungi desakan-desakan yang dipanggil tenaga psikik. Freud melabelkan personaliti terawal kanak-kanak ini sebagai id. 

     Id adalah satu sistem yang diwarisi. Id mengandungi desakan untuk keperluan-keperluan asas seperti makanan, air, dan seks. Tenaga yang menggerakkan id dipanggil tenaga libido. Apabila tenaga ini meningkat, tekanan juga akan meningkat yang kemudiannya mesti dilepaskan atau disalurkan. Id juga bergerak berasaskan prinsip keseronokan. Apabila ia mahukan sesuatu, ia mahu dengan cepat tanpa bertangguh-tangguh. Contohnya seorang bayi yang lapar tidak boleh menunggu. Bayi tidak tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, tidak tahu tentang realiti, tidak ada peraturan-peraturan dalaman yang dapat mengarahkan tingkah laku. Desakan yang paling kuat pada waktu ini ialah untuk memperoleh kepuasan yang segera.

       Dalam masa lebih kurang setahun, ego akan mula berkembang. Bayi akan mula menyedari bahawa laparnya tidak boleh dipuaskan dengan serta merta. Realitinya mungkin ibunya berada di tempat lain dan kepuasannya terpaksa ditangguh. Ego yang bersifat separuh sedar akan beroperasi berasaskan prinsip realiti. Ia bertanggungjawab mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan id mengikut cara yang diterima. Apabila bayi mula membesar, hasil daripada pengalamn, egonya bertambah kuat, ia akan belajar yang kehendak-kehendaknya boleh ditangguh dan kadang-kadang matlamat jangka panjang memerlukan pengabaian matlamat jangka pendek. 

       Tahap personaliti ketiga ialah superego yang mula kelihatan apabila kanak-kanak berumur lebih kurang lima tahun. Superego merujuk kepada aspek-aspek moral dalam personaliti yang dipilih dengan cara berinteraksi dengan orang lain dalam masyarakat dan proses identifikasi dengan ibu bapa. Kanak-kanak belajar peraturan-peraturan yang mengawal tingkah laku. Peraturan-peraturan inilah yang akan mengawal superego kanak-kanak.    


Thursday, July 19, 2012

Teori Psikoanalisa Freud

Teori psikoanalisa telah dipelopori oleh Sigmund Freud yang membentuk teorinya daripada pemerhatian beliau terhadap pesakit-pesakit mental. Teori ini mementingkan pengalaman awal kanak-kanak dan motivasi-motivasi tidak sedar dalam mempengaruhi tingkah laku.

       Freud membuat andaian bahawa antara penentu tingkah laku dan personaliti manusia adalah desakan-desakan tidak sedar dalam diri manusia itu sendiri. Desakan-desakan ini juga dikenali sebagai tenaga-tenaga psikodinamik.

Sigmund Freud

       Teorinya berasaskan sejarah hidup pesakit, maklumat-maklumat yang diperoleh dengan cara hipnosis, perkaitan bebas dan analisis mimpi, kaedah-kaedah yang menilai motivasi tidak sedar dan apa yang Freud lihat sebagai konflik antara motif motif biologi dan peraturan-peraturan masyarakat. Menurut Freud lagi, seorang kanak-kanak itu lahir dengan naluri asas yang bertindak secara tidak sedar. Naluri yang bersifat tidak rasional ini mahukan kepuasan secara serta-merta. Oleh sebab itu, bagi Freud, perkembangan manusia sebahagiannya bergantung kepada perubahan desakan naluri-naluri tersebut kepada tingkah laku rasional yang diterima oleh masyarakat.